|
Contributed by Saudara Baru
|
|
Sinchew Daily News
Perkara: DAP cuba luaskan kuasa di Negeri Johor?
Ruangan: negeri Johor m/s 14
Tarikh: 6 November 2011 (Ahad)
Tajuk: Persediaan DAP Di Negeri Johor Untuk PRU
Menjemput Lim Kit Siang Sebagai Penasihat Strategi Khas Politik
‘Speaker Dewan Undangan negeri Selangor Teng Chang Khim dijemput sebagai penasihat pengimbang pilihan raya utara negeri Johor, beliau bertanggungjawab terhadap untuk menjaga kawasan Johor Utara, Johor Tengah dan Johor Selatan’
5hb Muar, jawtankuasa DAP negeri Johor hari ini membuat satu kenyataan, mesyuarat kali keenam majlis tersebut sebulat suara membuat keputusan, menjemput ketua parti pembangkang Lim Kit Siang menjadi penasihat Strategi khas Politik di negeri Johor pada PRU ke-13 ini, dan setiausaha DAP Lim Guan Eng sebagai penasihat sistem pilihan raya.
Selain dari itu, speaker negeri Selangor Teng Chang Khim juga dijemput untuk menerajui sistem pilihan raya DAP, beliau dipertanggungjawabkan menjaga negeri Johor zon utara, zon tengah dan zon selatan. Sebelum ini DAP pusat telah melantik Lock Siew Fook menjaga zon Johor Utara, Teo Nie Ching menjaga zon Johor Tengah dan Pang Kian Wei (terjemah Mandarin) menjaga zon Johor Selatan.
Jawatankuasa itu mengalu-alukan kehadiran Lim Kit Siang sebagai anak tumpah darah negeri Johor, seperti juga Lim Guan Eng, Teng Chang Khim, Pnag Kian Wei, Teo Nie Ching dan Lock Siew Fook, mereka akan sepenuhnya membantu DAP dalam PRU untuk memecahkan rekod menang di negeri Johor, ia menunjukkan DAP negeri Johor kini sudah bersatu padu dan punyai langkah dan rentak yang sama.
Jawatankuasa tersebut rasa kesal terhadap ada orang-orang tertentu yang cuba memecah belahkan, mengugut, menfitnah dan mengancam DAP di negeri Johor yang sabitkan pengerusi DAP negeri Johor Boo Cheng Hau.
Jawatankuasa tersebut menegaskan, tindakan seperti itu bukan budaya poitik parti itu, parti itu menghormati hujah-hujah politik yang bukan daripada tindakan secara kekerasan, menjaga kesetabilan mencari unsur-unsur politik untuk buat perubahan.
Jawatankuasa itu menyatakan mereka sebulat suara bersatu padu, secara keseluruhan menyokong Boo Cheng Hau terus memimpin DAP negeri Johor.
Dalam satu kenyataan jawatankuasa tersebut, DAP telah beli aset berlokasi di Nusajaya bernilai 330 ribu ringgit untuk dijadikan ibu pejabat DAP negeri Johor, buat masa ini telah mengutip derma sebanyak 180 ribu ringgit untuk tujuan itu, diharap ahli-ahli parti secara agresif menyokongnya.
Write Comment (0 comments) |
|
|
Contributed by Saudara Baru
|
|
Sinchew Daily News
Perkara: calon DAP?
Ruangan: negeri Johor m/s 08
Tarikh: 3 November 2011 (Khamis)
Tajuk:Terus Gempur Kubu BN Secara Langsung
Boo Cheng Hau Tanding Kerusi Parlimen Kulai?
Ruangan negeri
2hb JB, mengikut maklumat dari Sinchew Daily News, pegerusi DAP negeri Johor Boo Cheng Hau mungkin akan lawan di kawasan pengundi Cina paling ramai iaitu di kerusi Parlimen Kulai, terus bedepan gempur kubu kuat BN!
Namun demikian rancangan itu masih belum dapat dikenal pasti, walaupun beliau dapat sambutan, pendapatan peyokong setempat mahu orang setempat yang dicalonkan untuk bertanding kerusi itu.
Boo Cheng Hau pula bersikap menunggu, kerana pendirian beliau mahu bertanding di parlimen Gelang patah, dan beliau menghormati keputusan setempat, dan biar orang tempatan yang jadi calon bertanding.
DAP sokong jika Boo Cheng Hau bertanding kerusi Parlimen Kulai, ia telah pun disebarkan di Facebook pada awal bulan September lepas dalam laman blog bertajuk “sokong Boo Cheng Hau bertanding di Parlimen Kulai”, bagi melihat sama ada Boo boleh bertanding di situ ataupun tidak.
Sokongan Tidak Hangat Seperti Yang Dijangkakan
Sehingga ke hari ini, dalam laman blog itu hanya 179 orang yang ambil bahagian, tidak hangat seperti apa yang dijangkakan.
Maklumat lain pula memberitahu, jika Boo Cheng Hau bertanding di Parlimen Kulai, mungkin beliau akan bekerjasama dengan calon kerusi DUN Senai, beliau adalah biro pendidikan politik DAP Pusat En. Ong Shu Kee (terjemah Mandarin).
Khabar angin mengatakan, jika Boo Cheng Hau bekerjasama dengan Ong Shu Kee, peringkat akar umbi di Kulai rasa tidak puas hati.
Buat masa ini, ada tiga puak yang sedang berebutan untuk dicalonkan, yang pertama puak pengerusi gabungan DAP Kulai Goh Puk Song (terjemah Mandarin), kedua puak DAP cawangan Bandar Putra Kulai Liew Shun Kiong (terjemah Mandarin) yang ketiga puak ADUN Senai Ong Kow Ming.
Ketiga-tiga puak ini mahu orang tempatan yang mewakil mereka bertanding di kawasan itu, jika pada akhirnya nanti calon yang dihantar tidak sesuai dengan kehendak mereka, tidak boleh dinafikan boleh berlaku angkat kaki tinggalkan kem.
Puak Penyokong Goh Poh Song
Bertahan Mahu Orang Setempat Dicalonkan Untuk Kerusi DUN
Puak yang memihak kepada Goh berkata, mereka tidak membantah pusat hantar orang-orang heavyweight bertandiang kerusi parlimen disitu, sebaliknya mereka mahu orang tempatan bertanding untuk kerusi DUN, jika tidak mereka tidak nafikan bahawa akan ada persaingan kuat berlaku.
Apabila ditanya apa yang dimaksudkan persaingan kuat itu, mereka menjawab jawapanya akan dikemukakan pada pertengahan bulan ini, selepas pusat dan negeri membuat perbicangan mereka baru umumkan pandangan dan keputusan mereka.
Dimana Liew Shun Kiong (terjemah Mandarin) alu-alukan kehadiran Boo Cheng Hau bertanding di kerusi parliman Kulai, ditanya adakan beliau sokong Ong Shu Kee bertanding kerusi DUN Senai, beliau masih tidak kemukakan sebarang pandangan.
Saya Lebih Suka Bertanding Di Kerusi Parlimen Gelang Patah:
Boo Cheng Hau
Pengerusi DAP negeri Johor memberitahu Sinchew Daily News, nisbah niat beliau bertanding di kerusi Parlimen Kulai tidak tinggi, sebaliknya beliau lebih berminat bertanding di kerusi perlimen Gelang Patah.
Boo berkata, beliau sepanjang masa adakan aktiviti dan bergerak di kawasan Gelang Patah dan Skudai, beliau lebih memahami keadaan setempat, dan di peringkat bawahan akar umbi memang mahu orang tempatan sendiri bertanding di situ, beliau menghormati kemahuan peringkat akar umbi.
Hujah beliau lagi, saya sendiri tidak sanggup untuk melompat ke seberang parit, semuanya perlu mendapat persetujuan dari pusat.
Write Comment (0 comments) |
|
|
Contributed by Saudara Baru
|
|
Sinchew Daily News
Perkara: kurangkan kakitangan awam?
Ruangan: dalam negeri m/s 09
Tarikh: 1 November 2011 (Selasa)
Tajuk: Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee
‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’
31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata, jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.
“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”
Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat
Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.
Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu, sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.
Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).
Tony Pua Kim Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.
Write Comment (0 comments) |
|
|
Written by Hj Ahmar
|
|
"Ramainya orang-orang CINA berkerja di SINGAPORE berbanding orang MELAYU" ...itu lah yang selalu kedengaran dari mulut pelancong-pelancong yang datang dari negeri lain kalau melihat lautan manusia yang masuk awal pagi dan keluar di petang hari dari negara jiran Malaysia, hakikatnya tambak johor telah menjadi saksi kepada ratusan ribu rakyat malaysia yang berulang-alik sehari seawal 5 pagi untuk mencari rezeki di Negara Singapure. kalau mengikut kajian data imigrasien hampir 70% rakyat malaysia yang berkerja di singapore adalah datang nya dari Bangsa Cina, 30% pula datangnya dari berbilang bangsa spt India, Melayu dan Sabah/Serawak.
Mengikut sumber peningkatan masyarakan Cina yang berkerja di Singapura amat ketara sejak awal tahun 2009 di mana peningkatannya hampir 200%, antara faktor kebanjiran masayarakat cina Malaysia menetap di sekitar Johor Selatan dan berkerja di Singapore adalah kerana peningkatan kos sara hidup yang meningkat di Negeri-negeri spt Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur..mengikut maklumat penduduk Cina Pulau Pinang yang paling ramai berhijrah ke Johor di ikuti pula Negeri Perak, Selangor dan Kuala Lumpur....
Antara kawasan2 yang menjadi tumpuan tempat tinggal mereka ialah : Gelang Patah, Tun Aminah, Johor Bahru, Tebrau , Kulai, Senai, Seri Alam, Permas Jaya, Johor Jaya, Tmn Molek dan kawasan2 yang dalam linkungan 50KM dari Tambak Johor.
Terkini di khabarkan ada gerakan untuk memastikan kebanjiran masyarakat Cina yang berkerja di Singapore akan di pastikan mengundi DAP dalam PRU13 nanti....usaha2 mendaftar dan mengubah alamat pengundi sedang giat di lakukan... Gerakan ini bukan sahaja bertapak di Johor tetapi juga bertapak di Negara Jiran serta mendapat sokongan yang jelas dari parti politik negara jiran....hasilnya mungkin SPR sudah nampak .....Kalau kita amati betul2 kenapa Suhaizan Khayat sering menyerang SPR dengan data2 yang dikatakan meragukan ....ini adalah bertujuan agar orang2 BN dok leka dengan isu SPR dan pengundi HANTU, sedangkan Gerakan menambah pengundi cina di peti2 Undi yang 50-50 begitu hebat di lakukan......
Di sini di kuatiri keputusan PRU 13 Di Johor Selatan nanti akan berpihak kepada Pakatan Rakyat...Menghalang itu lebih baik dari kita menjadi Pembangkang ......
Write Comment (0 comments) |
|
|
Written by Adnan (segamat)
|
|
Kehadiran Ketua Menteri Pulau Pinang (Lim Guan Eng) ke bumi Negeri Johor pada 12hb Okt 2011 yang lalu, telah di sambut dengan bantahan oleh kebanyakan NGO-NGO negeri Johor, sehinggakan berlarutan dengan pergaduhan di antara penyokong pembangkang dengan peserta protes. Isunya semua rakyat johor tahu, dek kerana sikap kebiadapan Lim Guan Eng dengan tidak bertanggungjawap melebalkan Negeri Johor sebagai sebuah negeri yang sudah tidak selamat kepada pelabur dan tidak membangguan. Kenyatan Lim Guan Eng ini sangat2 berniat jahat dan tidak melambangkan semangat sebagai seorang rakyat Malaysia. Justeru itu adalah wajar sebagai rakyat johor merasa kecewa dengan kenyataan sebegini, rasanya NGO-NGO yang membuat protes adalah berasaskan kepada rasa kecewa dan terhina ….bukannya berasakan desakan politik.
Berbeza dengan semua pemimpin dan penyokong2 PAS/PKR & DAP yang lahir di Johor, bagi mereka isu penghinaan terhadap Negeri Johor atau isu2 menjatuhkan kedaulatan negeri Johor.. semua itu bukan menjadi penghinaan kepada mereka…..turut hadir bersama-sama mempertahankan Lim Guan Eng dalam majlis di Segamat ialah Suhizan Khayat (Ketua Pemuda Pas Johor), Cekgu Mala (N Ketua Muslimat Pas Johor) dan beberapa pemimpin PR yang lahir di negeri Johor.
Pemimpin2 PAS Johor seolah-olah telah di ikat leher mereka dengan rantai…apa sahaja yang Lim Guan Eng lakukan terhadap rakyat Johor, tetap mereka akan pertahankan walaupun Agama Islam di campak di dalam Longkang oleh Lim Guan Eng…..Pemimpin2 PAS spt Suhaizan Khayat dan Cekgu Mala sanggup melepaskan Anjing-anjing (DAP) menjilat kesucian dan kedaulatan negeri Johor …..demi Kuasa dan Jawatan tidak ada yang mustahil bagi mereka ….
Adnan (segamat)
Write Comment (0 comments) |
|
|
Contributed by Orang korporat
|
|
Kenapa Lim Guan Eng
gelabah puyuh untuk tarik pelaburan ke Pulau Pinang sampai sanggup memburukkan Johor?
Selama ini, pakatan pembangkang
tak habis-habis bangga diri dalam ceramah-ceramah politiknya mengatakan
kemasukan pelaburan ke negeri-negeri yang diperintah oleh mereka sangat hebat.
Tapi semua itu ibarat tin kosong je. Cakap banyak, habuk tarak!
Bila pelaburan di negeri
Johor meningkat mendadak, Guan Eng mula gelabah puyuh. Nampak sangat dah hilang
pertimbangan akal sampai sanggup memburukkan negeri Johor supaya pelabur datang
ke Pulau Pinang. Guna taktik kotor pulak tu! Sanggup jadi munafik puji polis
lak tu.
Mari kita lihat, kenapa
Guan Eng jadi kalut dan terdesak sangat. Pencapaian pelaburan negeri Johor yang
meningkat secara tidak langsung ibarat menconteng arang di muka Guan Eng
sendiri sebab sebelum ini dia kata Pulau Pinang saja yang handal sangat menarik
pelaburan (itupun dengan manfaat pembangunan oleh BN sebelum mereka
memerintah).
Ini dia prestasi
kemasukan pelaburan ke negeri Johor baru suku pertama tahun 2011. Baca dan
analisis dengan teliti. Ada berani???
Berdasarkan Jadual 1, pelaburan keseluruhan Negeri
Johor berjumlah RM3.318 bilion yang diterima bagi suku pertama tahun 2011
merupakan satu peningkatan yang dicatatkan sebanyak RM 2.664 billion atau
80.27% berbanding pada tempoh yang sama tahun 2010 (RM 654.4 juta). Ini
telah menempatkan Negeri Johor di tangga pertama diikuti Sarawak (RM 2.892 bilion) dan
Selangor (RM 2.525 bilion).
|
State
|
January - March 2011
|
|
|
Domestic Investment (RM)
|
Foreign Investment (RM)
|
Total Investment
|
|
Johor
|
2,552,017,912
|
766,467,545
|
3,318,485,457
|
|
Sarawak
|
2,236,164,044
|
655,989,956
|
2,892,154,000
|
|
Selangor
|
1,015,055,513
|
1,510,592,896
|
2,525,648,409
|
|
Penang
|
832,369,526
|
991,463,750
|
1,823,833,276
|
|
Kedah
|
19,421,140
|
284,901,545
|
304,322,685
|
|
Melaka
|
230,210,289
|
56,887,615
|
287,097,904
|
|
Negeri Sembilan
|
156,425,968
|
70,513,132
|
226,939,100
|
|
Terengganu
|
220,817,102
|
0
|
220,817,102
|
|
Pahang
|
78,893,913
|
129,055,884
|
207,949,797
|
|
Kuala Lumpur
|
105,482,739
|
95,373,844
|
200,856,583
|
|
Sabah
|
63,259,475
|
15,871,050
|
79,130,525
|
|
Perak
|
41,412,464
|
32,957,536
|
74,370,000
|
|
Kelantan
|
0
|
6,651,000
|
6,651,000
|
|
TOTAL
|
7,551,530,085
|
4,616,725,753
|
12,168,255,838
|
| |
|
|
|
|
Jadual 1
|
Pelaburan
|
|
Jumlah Pelaburan Baru dan Tambahan
bagi tempoh 2010-2011
|
|
Pelaburan Baru
|
Pelaburan
Tambahan/ Pembesaran
|
Total
|
|
|
2010
|
314,419,492
|
340,023,597
|
654,443,089
|
|
2011
|
602,091,878
|
2,716,393,579
|
3,318,485,457
|
Jadual 2
Berdasarkan Jadual 2, jumlah pelaburan yang
diterima bagi tempoh ini juga telah menyumbang kepada kenaikan pelaburan tambahan sebanyak RM2.376 billion (87.48%) berbanding
pada suku pertama tahun 2010 (RM 340 juta).
Manakala Pelaburan Baru menyumbangkan sebanyak RM
602 juta pada suku tahun pertama 2011 berbanding RM 314.4 juta bagi tempoh yang
sama pada tahun 2010 dengan peningkatan sebanyak RM 287.6 juta (47.77%).
|
Pelaburan
|
|
Jumlah PelaburanTempatan dan Asing
bagi tempoh 2010-2011
|
|
Pelaburan Tempatan
|
Pelaburan
Asing
|
Total
|
|
|
2010
|
173,990,088
|
480,453,001
|
654,443,089
|
|
2011
|
2,552,017,912
|
766,467,545
|
3,318,485,457
|
Jadual
3
Jadual 3 menunjukkan Pelaburan Tempatan telah
mencatatkan kenaikan sebanyak RM2.378 bilion (93.18%) berbanding suku
pertama tahun 2010 (RM173 juta).
Pelaburan Terus Asing (FDI) berjumlah RM 766 juta
yang mana telah mencatatkan kenaikan sebanyak RM286 juta (37.32%) berbanding pada suku tahun pertama tahun 2010 (RM 294 juta).
Iskandar telah mencatatkan pelaburan
sebanyak RM3.323 billion pada tahun 2011, menguncup sebanyak RM589 juta berbanding
RM3.912 bilion pada tahun 2010. Write Comment (0 comments) |
|
|
Written by by mykmu.net
|
|

Begitulah perumpamaannya bila mengulas kenyataan biadap Lim Guan Eng mengutuk Johor sebagai tempat yang tidak selamat bagi rakyat Singapura berkunjung kerana mudah jadi mangsa culik. Kenyataan yang sama pernah dikeluarkan oleh Lee Kuan Yew beberapa tahun dulu.
Tidak ketinggalan Guan Eng mendabik dada kononnya dia berjaya mengurangkan kadar jenayah di Pulau Pinang.
Hairan kita, sejak bila pulak isu keselamatan jadi tanggungjawab DAP kita pun tidak tahu. Baru memerintah negeri dah perasan macam memerintah negara, macamlah polis itu berada dibawah kekuasaannya. Polis bukankah dibawah tanggungjawab kerajaan persekutuan, kalau polis berjaya mengurangkan jenayah, kenapa DAP pula yang dapat kredit?
Sekarang semua rakyat silalah buka mata. Sehebat-hebat Guan Eng yang dicanang, dia sendiri guna taktik tidak beretika untuk menarik pelaburan Singapura ke Pulau Pinang dari Johor. Itu nasib baik kerajaan pusat bina prasarana yang hebat untuk Pulau Pinang dulu sampai sekarang sehingga kenderaan pun mudah nak menyeberang, tak payah naik feri.
Datang Guan Eng, muka tak malu, promosi semua kemudahan itu, termasuk hal keselamatan yang jadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menarik pelaburan ke Pulau Pinang. Ini kalau bukan pemimpin kelabu asap, apa lagi yang sesuai nak kita gelarkan kepadanya?
Pelaburan masuk pasca Mac 2008 banyak yang diusahakan kerajaan pusat melalui MIDA.
Guan Eng lupala tu yang dia sendiri pun asal dari Melaka yang bersebelahan dengan Johor yang dikondem tidak selamat itu. Rupanya bukan melayu saja mudah lupa. komunis macam Guan Eng pun mudah lupa juga. Sebab ditolak di bumi sendiri, dia berhijrah ke Pulau Pinang. Takdir menentukan DAP menang dan buat pertama kali berjaya membentuk kerajaan.
DAP sendiri bertanding dan menang beberapa kerusi di Johor. Sementara dia kondem Johor tidak selamat untuk rakyat Singapura, DAP sendiri berebut-rebut nak pegang beberapa kawasan di Johor, tak ke cakap tak serupa bikin namanya tu?
Hal culik menculik ini atau jenayah for that matter, bukan kira negeri. Negeri tadahan wahyu aka Serambi Mekah pun tak terlepas dari jadi tempat jenayah berlaku. Dan kalau ada pengurangan dari segi statistik, pujian patut diberi kepada polis, bukan kepada parti mana memerintah, lebih lagi DAP yang hanya kuasai satu negeri – Pulau Pinang.
Penulis cadang, kepimpinan Johor dan kebawah Duli Sultan Johor supaya mengharamkan Lim Guan Eng dari menjejak kaki ke Johor, bukan sebab apa, tapi takut Guan Eng jadi mangsa culik pulak nanti. Lagipun DAP dengan PAP bukanlah orang lain, adik beradik berlainan negara saja, tak susah penculik untuk membezakannya.
Pulau Pinang satu ketika, saban minggu digegarkan dengan demonstrasi rakyat, dari peniaga yang dirobohkan gerai sehingga penduduk kampung yang dihalau dari kediaman mereka selama berabad. Sebelum dapat, janji macam-macam, dah dapat, kepentingan taukeh jadi keutamaan. Kalau demo ini masuk statistik jenayah, nescaya tidak ada apa yang boleh dibanggakan Guan Eng.
Tapi tidak mengapalah, dalam tak sedar kenyataannya itu menjulang kerajaan pusat dan PDRM secara langsung. Dalam negara, Lim Guan Eng antara yang paling hebat menjatuhkan moral polis, tak sebut lagi penglibatan manipulator undang-undang yang membentuk kepimpinan DAP yang sering kali cuba merendahkan imej polis.
Tapi bila di seberang tambak, dia puji polis pula. Hampeh punya Guan Eng.
Write Comment (0 comments) |
|
|
Contributed by Saudara Baru
|
|
Nanyang Siangpau
Perkara: DAP-PKR bertelagah di Johor?
Ruangan: negeri Johor m/s C4
Tarikh: 12 Sept. 2011 (Isnin)
Tajuk: MAKAN MALAM DAP
Berkaitan isu penyebaran maklumat tentang pembahagian
kerusi berlaku sebaran beracun
Boo Cheng Hau mahu PKR meminta maaf
Negeri Johor 11hb Kulai, pengerusi jawatankuasa DAP negeri
Johor Dr. Boo Cheng Hau berkaitan, PKR menyebarkan dakyah beracun, beliau mahu
PKR meminta maaf.
Malam semalam beliau menghadiri majlis makan malam DAP
anjuran bersama DAP cawangan Kulai, DAP cawangan Taman Putri Kulai dan DAP
cawangan Kulai Besar, dalam sidang media berkaitan kata-kata apa yang disiarkan
oleh ketua bahagian strategi PKR negeri Johor di laman web Boo Cheng Hau mengulas
kenyataan itu, di laman itu mengatakan bahawa Boo Cheng Hau pernah mengatakan
“hanya saya Boo Cheng Hau yang mampu menang kerusi Parlimen di kawasan Gelang
patah”.
Boo Cheng Hau anggap kata-kata itu mempunyai unsur fitnah
dan berbohong, dan beliau menyatakan beliau tidak pernah mengeluarkan kata-kata
itu, yang mengatakan beliau tidak mahu membantu PKR untuk berkempen di kawasan
Gelang Patah.
Menuduh Chua Jee Ming Tidak Iklas
Boo Cheng Hau berkata: “Timbalan Pengerusi PKR Chua Jee
Ming jangan asyik menyorok dan berdiam diri di belakang pembantunya, sepatutnya
tampil ke hadapan menjelaskan perkara yang sebenar. Kerana saya tidak pernah
berkata demikian, itu semuanya adalah fitnah, saya minta PKR negeri Johor
meminta maaf secara terbuka”.
Boo berkata, perbincangan berkaitan pembahagian kerusi
DUN di negeri Johor Chua Jee Ming seperti tidak iklas.
Dr. Boo berkata, sejak tahun 1998 semasa perbincangan
kerusi DUN antara rakan parti, dalam beberapa PRU telah berkerjasama baik dengan
bekas pengerusi PKR negeri yang telah menyandang selama 4 penggal jawatan
pengerusi PKT Negeri itu, hubungan kami amat akrab, dalam perbincangan
pembahagian kerusi DUN tidak hadapi sebarang masalah.
DAP Lawan Di Kawasan Campuran
“Chua Jee Ming tidak langsung kemukakan cadangan, dan
telah cuba beri kawasan yang tidak munasabah kepada DAP, menghadkan DAP hanya
boleh bertanding di kawasan kaum Cina yang melebihi 60 peratus pengundi, dengan
itu selama ini DAP terpaksa kekal di 6 kawasan Parlimen, jika mengikut
peraturan yang digarikan itu, DAP hanya tinggal 2 kerusi Parlimen yang layak
dipertandingkan, sepatutnya ada 12 kerusi DUN yang boleh dipertandingkan kini
hanyat tinggal 7 kerusi sahaja.
Beliau berkata, peraturan itu tidak munasabah. Pada PRU
lepas PKR tidak pun menang sebarang kerusi di negeri Johor, sebaliknya DAP
menang 4 kerusi DUN dan 1 kerusi Parlimen.
Dr. Boo berkata: “sebuah parti yang tidak pernah menang
walaupun 1 kerusi sekarang mahu tambah lebih banyak kerusi dalam pencalonan,
ini adalah satu perkara yang tidak munasabah. Kawasan yang dimenangi oleh DAP
kebanyaknya di kawasan campuran.”
Gunakan Nama Pusat Untuk Memberi Tenekan
Boo berkata, Chua Jee Ming menegaskan Anwar Ibrahim yang
mengarahkan Chua bertanding kerusi Parlimen di kawasan Gelang Patah, kata-kata
itu susah untuk dipercayai dan susah untuk memberi keyakinan pada orang lain. Bekas
pengerusi PKR peguam Razak yang telah meninggal dunia, semasa beliau hidup
pernah bekerjasama baik dangan DAP. Sepatutnya pada PRU lepas iaitu pada PRU
2008, DAP ambil kembali kawasan yang telah dieprsetujui, aitu dengan kata sepakat silih berganti
dengan PKR di kawasaan bertanding, tetapi PKR berdasarkan EN. Razak telah
meninggal dunia, oleh kerana tidak ada sebarang bukti yang kukuh dalam
perbincangan itu, PKR terus mahu bertanding di kawasan Gelang Patah tanpa usul
periksa.
Boo berkata: “kami percaya Chua Jee Ming mahu
melengah-lengahkan masa, seterusnya mahu perbincangan pencalonan diserahkan kepada
Pusat kedua-dua parti itu, cuba mahu menggunakan pengaruh kuasa pusat untuk
mendapatkan kerusi itu, itu semata-mata berniat tidak baik. Sebenarnya di
peringkat gabungan parti negeri boleh selesaikan masalah itu, tidak perlu
dibawa ke pusat”.
Maklumat yang jelas kami dapat tahu, dalam pembahagian
kerusi telah timbul banyak masalah, adakah akan berlaku pertandingan 3 penjuru,
Boo Cheng Hau berkata, beliau tidak setuju berlaku pertandingan 3 penjuru, dan
beliau tidak galakkan berlaku pertandiangan 3 penjuru, kerana pertandingan 3
penjuru tidak memihak kepada PKR.
Write Comment (0 comments) |
|
|
Written by Mail Din Segamat
|
|
Selepas Mat Sabu mengitiraf Mat Indara sebagai PEJUANG KEMERDEKAAN, isu ini nampaknya begitu hangat di perdepatkan oleh tokoh2 politik, ahli-ahli sejarah dan masyarakat khususnya.
Berbagai versi kedengaran tentang siapa Mat Indra....ada pihak yang mengatakan Mat Indra Pejuang Kemerdekaan ..ada juga pihak mengatakan beliau Pertualang ...malah ada juga pihak mengelar Mat Indra dijadikan Kambing Hitam oleh Penjajah British untuk menututp kesan sejarah..nampaknya semakin hari semakin sukar untuk di huraikan siapakah sebenarnya MAT INDRA ini????
...sampaikan kadang2 sejarah yang ada hari ini macam tak betul semuanya...Pada Hari ahad yang lepas sekumpulan rakan2 dari Johor berkesempatan mengadakan sedikit perbincangan tentang isu Mat Indra ini, sepanjang perbincangan banyak juga maklumat2 yang baru di perolehi (samaada betul tak betul tu tak tahulah).
Yang paling menarik dapat di bincangkan dalam pertemuan ini ialah "KENAPA PEMIMPIN2 CINA atau MASYARAKAT CINA tidak mahu berbicara tentang ISU MAT INDRA"????...malah ada rakan2 yang mahir dalam bahasa cina juga telah membuat pemantauan kepada blog2 tulisan CINA ...menurut beliau hampir 90% tidak ada penulisan tentang Penglibatan MAT Indra dengan Komunis dalam tragide Bukit Kepong ......
Akhirnya perbincangan kami makin menjurus kepada "KENAPA BANGSA CINA TIDAK ADA PANDANGAN TENTANG ISU YANG DI BUAT OLEH MAT SABU INI"????...ada yang mengatakan mungkin sebab MAT INDRA adalah Pejuang MELAYU sebab tu Bangsa Cina Tak Nak masuk CAmpur, ada rakan yang menyatakan bahawa BANGSA CINA Di MALAYSIA TIDAK BERMINAT TENTANG CERITA KOMUNIS dan Menceritakan Keburukan Si Mati... dan ada juga membuat kesimpulan bahawa BANGSA CINA MALAS sudah MELUAT dengan POLITIK PEMIMPIN MELAYU DI MALAYSIA.
Mungkin ada juga kebenarannya ...bila melihat bagaimana Pemimpin2 Kerajaan dan Pemimpin Pakatan Rakyat mengsensasikan isu Mat Indra in...Mungkin Isu ini boleh di tenangkan jika semua pihak khasnya pemimpin2 politik (MELAYU -ISLAM) ikhlas dalam pejuangan...Pemimpin2 Islam sekarang nampaknya sudah tidak teguh berpegang kepada takwa dan Iman.....Bagi Mereka Kuasa adalah segala-galanya.
Sejarah hanyalah satu rintitan sebuah penceritaan, Kematian adalah hak Allah swt, sama-ada mati sebagai PEJUANG atau mati sebagai PERTUALANG hanya allah swt yang megatahui...jadi adalah lebih baik Pemimpin Islam kembali kepada Iman dan Takwa...BANGSA CINA PUN TAHU MENGHORMATI ORANG MATI ...Tak kan kita Pemimpin2 Islam Tak mengerti erti Menghormati si Mati??????...
Khas Buat Mykmujohor.net (Din Segamat) Write Comment (0 comments) |
|
|
Contributed by Saudara Baru
|
|
China Press
Perkara: Gabungan Pas DAP?
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s C15
Tarikh: 8 Sept. 2011 (Khamis)
Tajuk: Pas Melangkah Keluar Dari Pantai Timur
Goh Chee Chong
Baru-baru ini Pas melaungkan propaganda mereka mahu mengorak langkah keluar dari Pantai Tumur, pada PRU akan datang ini mahu tanding 60 kerusi Parlimen, lipat ganda dari kerusi yang sedia ada sekarang iaitu sebanyak 23 kerusi.
Pada pemikiran kita, Pas sehingga kini berpusing-pusing di kawasan Pantai Timur, sebelum Tsunami PRU 2008, peguasaan Pas hanya bertapak di negeri Kelantan dan Terengganu, pada dasarnya Pas tidak dapat meracuni idea mereka ke negeri-negeri lain. Namun pada hari ini dan saat ini Pas mahu tanding 60 kerusi Parlimen, kuasa yang begitu menebal siapakah yang membimbing dan melatih mereka?
Tidak Beri Air Muka
Tidak boleh dinafikan, DAP lah orang yang berjasa dan telah banyak membantu dalam memperkukuhkan penguasaan Pas. Dahulu Pas hanya dapat mengutip sebahagian kecil kerusi dari kawasan UMNO, dan Pas langsung tidak dapat sokongan dari pengundi kaum Cina, sebab itu Pas hanya boleh bermain di kawasan Pantai Timur sahaja.
Selepas Pas bergabung dengan DAP, DAP telah berjaya tarik tiket-tiket pengundi kaum Cina menyokong Pas, kebanyakan undi itu telah memihak kepada Pas, kini Pas telah mendapat sokongan majoriti kaum Cina dan minoriti kaum Melayu, di bawah sokongan penuh kaum Cina, Pas telah menang banyak kerusi Parlimen.
Pada masa sama, gandingan dan gabungan antara DAP dan Pas, sebaliknya DAP tidak terima sebarang kebaikan dari Pas. Selepas Pas menang banyak dalam kerusi Parlimen, Pas tidak langsung jaga air muka imej DAP, Pas telah kelihatan longgar terhadap kaum masyarakat Cina, sebaliknya Pas melaungkan mahu bina Negara Islam yang begitu berkobar-kobar. Di Kedah Pas telah tutup pusat penyembelihan khinzir, ubah nama-nama bertulisan Jawi, lelaki perempuan diasingkan, dan melarang jualan arah di negeri Selangor serta pindahkan pusat jualan nombor ekor, menggeledah majlis makan malam gereja secara mengejut, ini semuanya rancangan Pas yang rapi selepas Tsunami politik Mar 2008, kami mahu bertanya berapa banyak taktik DAP yang telah dikeluarkan untuk menghalang isu-isu itu?
Di bawah kempimpinan DAP tidak dinafikan Pas dapat mengorak langkah keluar dari Pantai Timur, dalam sejarah Kelantan, Terengganu, Perak dan Kedah Pas telah dapat jawatan menteri besar di keempat-empat buah negeri itu, hari ini Pas secara bangga mahu ambil alih kuasa kerajaan pusat pula. Sekarang apa yang kita mahu lontarkan pada Pas, jika DAP tidak membantu Pas dengan tiket-tiket undi kaum Cina, tidak mungkin Pas berada di pentas hari ini, dan adakah DAP boleh putuskan hubungan dengan Pas selepas ini? Dengan jelas Pas telah terhutang budi pada DAP, Pas sepatutnya perlu menghormati DAP yang masih terhutang itu.
Sudah tentu masyarakat Cina percaya bahawa DAP boleh uruskan dan seimbangi Pas dengan baik, tetapi DAP perlu faham lebih jelas bahawa jalan yang mahu dilalui itu masih jauh, jika dibiarkan lama, kita tidak boleh bersabar menunggunya. Write Comment (0 comments) |
|
|